Bursa Malaysia ends at intraday low, with record breaking volume

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Urus niaga di Bursa Malaysia yang mencatatkan keuntungan pada awal dagangan kembali merosot untuk ditutup rendah pada sesi tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung.
Pada waktu rehat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 10.53 mata kepada 1,566.37 berbanding 1,576.90 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks utama dibuka 5.13 mata lebih tinggi pada 1,582.03 dan berlegar antara 1,566.36 dan 1,587.64 sepanjang sesi berkenaan.
Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 607 berbalas 380, manakala 381 kaunter tidak berubah, 568 tidak diniagakan dan 25 lain digantung.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MOST COMMENTED